KISAH
WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang
lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir
kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing
dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat
lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke
arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu
memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan
kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa.
Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil
berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang
itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan
selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa
mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan
membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air
dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas
air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil
berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus
ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam
ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang
hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam
itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu
wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di
dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang
dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta
kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali
Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah
S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit
sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap
seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan
meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga
yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan
membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada
seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar